Product detail
- Katalog: FANUC Siri 30i/31i/32i/35i-MODEL B (B. Inggeris | B. Cina) (Fail PDF)
FANUC Siri 31i-MODEL B
Bilangan laluan maksimum : 6 laluan
Bilangan paksi kawalan maksimum : 34 paksi (26 paksi suapan, 8 spindle)
Bilangan paksi kawalan serentak maksimum : 4 paksi
Merupakan model teras FANUC CNC dengan tahap prestasi tertinggi di dunia.
Dengan kepelbagaian fungsinya, ia berkebolehan untuk menghasilkan teknologi pemesinan yang pantas, jitu dan berkualiti tinggi. Aplikasi yang paling sesuai untuk pusat pemesinan bergred tinggi.
FANUC Siri 31i-MODEL B5
Bilangan laluan maksimum : 6 laluan
Bilangan paksi kawalan maksimum : 34 paksi (26 paksi suapan, 8 spindle)
Bilangan paksi kawalan serentak maksimum : 5 Paksi
Penambahan kepada Siri 31i-MODEL B, ia mempunyai 5 paksi kawalan serentak yang berupaya untuk melaksanakan pemesinan kompleks dengan pantas, jitu dan berkualiti tinggi. Sesuai untuk pusat pemesinan 5 paksi yang canggih.
FANUC Siri 32i-MODEL B
Bilangan laluan maksimum : 2 laluan
Bilangan paksi kawalan maksimum : 20 paksi ( 12 paksi suapan, 8 spindle)
Bilangan paksi kawalan serentak maksimum : 4 paksi
Model standard dengan fungsi CNC yang optimum dan sesuai untuk mengawal Mesin Larik serta Pusat Pemesinan standard.
FANUC Siri 30i-MODEL B
Bilangan laluan maksimum : 10-15 laluan
Bilangan paksi kawalan maksimum :
96 paksi (72 paksi suapan, 24 spindle) / 10 laluan
72 paksi (56 paksi suapan, 16 spindle) / 15 laluan
Bilangan paksi kawalan serentak maksimum : 24 paksi
Model yang berkeupayaan tinggi ini membantu dalam merealisasikan mesin pelbagai paksi yang canggih. Keupayaan mengawal banyak paksi membolehkan pelbagai proses pemesinan dijalankan serentak. Pemesinan yang kompleks juga berjaya dilakukan dengan fungsi pemesinan 5 paksi ini.
Ia mempunyai fleksibiliti untuk mengawal pelbagai jenis mesin.
FANUC Siri 30i/31i-LB
Bilangan laluan maksimum : 4 laluan
Bilangan paksi kawalan maksimum : 32 paksi suapan / 20 paksi suapan
Bilangan paksi kawalan serentak maksimum : 24 paksi / 4 paksi
FANUC 30i/31i-LB adalah CNC untuk Mesin Pemotong Laser yang mempunyai pelbagai fungsi. Dipacu terus kepada sistem FANUC LASER C dan FANUC FIBER LASER, ia mampu mencapai tahap pemesinan Laser yang pantas dan jitu.
FANUC Siri 30i/31i-PB
Bilangan laluan maksimum : 4 laluan
Bilangan paksi kawalan maksimum : 32 paksi suapan / 20 paksi suapan
Bilangan paksi kawalan serentak maksimum : 24 paksi / 4 paksi
FANUC 30i /31i-PB adalah CNC yang sangat responsif untuk Mesin Penekan Tebuk (Punch Press). Dengan kepelbagaian fungsinya, ia digunapakai dengan meluas dalam semua jenis Mesin Turret Punch Press.
FANUC Siri 35i-MODEL B
Bilangan laluan maksimum : 4 laluan
Bilangan paksi kawalan maksimum : 20 paksi (16 paksi suapan, 4 spindle)
Bilangan paksi kawalan serentak maksimum : 4 paksi
Model CNC ini khusus untuk sistem pemindahan atau pengangkutan. Ia dijana oleh fungsi asas CNC dan fungsi PMC yang canggih, berkemampuan dalam menjalankan proses pemesinan yang mudah dengan pantas.